Tuesday, November 24, 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random

Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

Klik Sini
Masih dalam mood bersegmen bagai lagi *angkat dua jari buat peace*

Jangan tak tahu, akan ada hadiah misteri tau untuk peserta yang bertuah. Uuuuuu bestnya kalau dapat ok nak berangan la dulu kejap hehehe. Mengada betul budak ni kan. 

Dah merepek. Ha semua, jom la join sekali. Boleh kita kenal kenal. Tarikh tutup pada 15/12/2015.

Good luck.

Misi Kembara Si Citam

klik sini      

Assalamualaikum. 

Jumpa satu segmen. Apalagi, eksaited la mahu join hehe. Oh ya, segmen ini berlangsung selama 2 minggu bermula 24/11/2015 sehingga 8/12/2015. Selamat bersegmen dan semoga berjaya! :D


Wednesday, November 18, 2015

Entri Suka Hati Nama Diberi.

Assalamualaikum.

Malam tadi ada exam, paper Akaun. Susah. Tapi alhamdulillah dapat habiskan jawab walaupun banyak main tembak tembak sampai habis peluru pistolnya. Harap lecturer murah hati bagi markah banyak (pun boleh). Habis exam terus balik ke bilik cepat cepat sebab nak tengok kdrama yang tengah pemes sekarang ni tak lain tak bukan She Was Pretty. Ish, si Fatimah la ni yang duk hasut suruh tengok har har. Takpelah, sekali sekala lepas tension tengok kdrama. Penat tahu asyik duk hadap esemen(s) test(s) quiz(es) report(s) je manjang. Nak keluar jalan-jalan pun tak sempat >_< Tapi bagus jugak, save budget hihi.

Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk minggu ke-10 sem ni. Kejapnyaaa masa berlalu. Lagi 5 minggu dah nak final omo omo. Ekceli saya nak doodle muka kartun yang cuak nak final exam, tapi doodlenya macam muka redhaaa je haha. Tak pandai nak ejas mimik muka. Naa, sokay lah. My doodle =B Ekceli, ini pertama kali main doodle doodle guna paint software. Rasa gatal je tangan nak main lukis lukis. Biorle dok lawo pon hehe.

Tengah dalam mood nak renovate blog sebenarnya. Tapi tak tahu mana nak cari template yang cantik cantik, simple dan minimal. Korang ada cadangan tak?

 Drop your comments please? :D
 

Monday, November 16, 2015

Terima Kasih, Nuffnang.

Assalamualaikum.

2.09 pagi, mata masih lagi tak mau pejam. On laptop, jenguk-jenguk blog. Rindu ekekeke. To be truth, saya sangat terharu dengan semua yang sudi follow blogspot kita yang tak seberapa ni. Maklumlah, kita masih newbie lagi hehe. Saya dah followback kamu semua <3

Oh ya, tadi sajalah pergi jenguk akaun Nuffnang kejap. Sebelum ni selalu je jenguk tapi earningnya non hado *insert emoji sedih* Taaaaaaaapiiiiiiiii, tetiba tadi rasa macam terkejut sangat sebab earning ada menunjukkan angka. Ya, memang tak banyak pun sikit je. Tapi faham tak perasaan terharu tu macam mana? Hahaha tak sangka berkat kesaboran selama ni ada membuahkan hasil. InsyaAllah, saya akan terus tingkatkan mutu penulisan dalam blog ni selagi termampu. Wah, tetiba rasa bersemangat balik. Thanks Nuffnang for giving me this booster ai biu biu so much. 

By the way, Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma masih berjalan. Tarikh tamat 29/11/2015. Jemputlah join.

Sampai sini dulu saya merepek. Esok pagi kelas pukul 8. Zzz.

1St GIVEAWAY By MB

Klik sini      
Assalamualaikum.

Terima kasih Kak Ros  sebab sudi tag kita untuk join giveaway by MB ni. Saya join dan besarlah harapan semoga saya bertuah menjadi salah seorang pemenang. Okay, saya tag BusyraTakiyudin dan Sabrina :D Jangan marah noo hihi.

Best of luck, everyone <3

Saturday, November 14, 2015

Short Update.

Assalamualaikum. 
Sedang dalam perjalanan pulang ke uni tercinta. Menaip ikut fon tak puas je rasanya tapi harus post jugak entri ni. Ciktulip nak mohon maaf kepada semua yang rajin panjat dan tinggalkan komen dekat entri-entri ciktulip, kepada yang sudi join giveaway tu, kepada new followers dan kepada korang yang sedang baca entri ini. Ciktulip agak sibuk 2 3 hari ni dengan nak siapkan esaimennya, dengan nak urus rumah sebab mak tak berapa nak sihat, dengan sibuk tolong nenek siapkan tempahan makanan. Maaf berjuta kali sebab tak sempat nak balas komen komen korang dan tak sempat nak blogwalking follow apa semua. Next week gonna be a very hectic week for me. Dia macam minggu klimaks untuk this semester. I have tons of reports need to be submit, 2 presentations, as well as 2 quizes plus 1 test. Semuanya dalam minggu yang sama. Another week alhamdulillah I think theres nothing much left. So masa tu I will reply all the comments and pay visit to your blogspot. InshaAllah.

Oh ya, kepada yang sudi follow blogspot saya yang tak seberapa ni, terima kasih sangat sangat. Jangan risau, nanti saya akan followback kamu semua after I settle everything.

Jap nak belanja gambars petang tadi.

Hehe. Ceteke amende tu? Ok takyah tekalah obviously itu popia nestum haha. Projek ciktulip untuk cari duit poket dekat uni. Ciktulip guna 3 peket kulit popia dan dapatlah dalam 50 peket kecil. Nak buat banyak banyak karang susah pulak nak angkut sebab balik sana naik bas je. 

Sampai sini dululah. Dah mula pening hadap fon lama lama dalam gelap. Take care everyone. Allah bless us InshaAllah. 

Ok jom zzz. 

Wednesday, November 11, 2015

Giveaway Mek Cun

KLIK KALAU NAK JOIN :)
TAMAT 30/11/2015

Cantik menarik tertarik kau memang debomb. Eh apalah merepek. Sebenarnya nak cakap kita tertarik nak join giveaway daripada Mekcun ni hehehe. Hadiah misteri jeng jeng jeng okay tak creepy pun Shahirah oi. 

Jom lah kita join ramai-ramai. Kita meriahkan lagi segmen ni. Omputeh sebut, "the more the merrier" :D

To those who are willing to join, I wish you good luck okay. 

Adikku Hantu Tat Telur

Assalamualaikum. Cuti midsem berbaki kurang daripada 5 hari je lagi. Sedihnyaaa T________T Rasa malas sungguh nak balik upieyem nanti huhu. 

Hari ni tak buat apa sangat. Duduk mereput dekat rumah sambil menjeling dekat esaimen tu ha bila entah nak siapnya kalau dah duduk depan tivi mana nak peduli pasal esaimen kan haha kejinya perangai adududuh. Tengah best layan sinetron Buku Harian Baim tadi tetiba adik minta buatkan kuih feveret dia tak lain tak bukan tat telur. Memang selalu macam tu tak boleh nak tengok orang relax sikit mula keluar perangai mengada-ngada dia tu. Nasib Kaklong sayang je kat awak tu. Tat telur used to be my favourite too once ago but since dah jemu tahap ke-favourite-an itu mula pudar dibawa angin lalu. Amboi over sangat kan.

So inilah dia rupa tat telur seorang Shahirah. Buat sikit je sebab malas nak tunggu bakar. Tak tahulah kenapa serba serbi malas hari ni.

Zzzz.

Monday, November 9, 2015

Pulau Kapas Dengan Kawan-kawan

Assalamualaikum. Yay laptop saya dah boleh detect kabel usb hukhuk maka segala macam khazanah gambar-gambar zaman purba dulu kala berjaya dipindahkan ke dalam laptop. Baru ringan sikit fon tu, kalau tak manjang je nak hang.


Pulau Kapas? Erm cerita basi sebenarnya tapi takpelah nak post jugak. Nanti tua-tua kalau nyanyuk boleh jalan-jalan dalam blog ni mengimbau nostalgia muda mudi hikhik. Kisahnya, ada satu persatuan ni namanya Persatuan Mahasiswa Marang (Terengganu) anjurkan program retreat bersama mahasiswa mahasiswi daripada daerah Marang. Oleh sebab saya anak jati Marang maka saya tak lepaskan peluang ni. Percumaaaaaa, siapa takmau kan? Lagi pula masa tu memang tengah cuti goyang kaki je dekat rumah. Ajak kawan-kawan rapat dan mereka eksaited dua kali lima macam saya. Programnya cuma 2 hari 1 malam percuma penginapan percuma makan minum percuma segala-galanya.


Pulau Kapas ni sebenarnya dekat sangat dengan tempat tinggal saya. Tapi percayakah kalian ini adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke sana? Menyayat hati sungguh. Mula-mula berdebar juga nak ke sana sebab katanya naik bot laju. Kenapa pula berdebar eh? Sebabbbb....kita takut air sebenarnya ha ha ha. Ya jujur, mula-mula masa bot bergerak memang terketar-ketar sampai tak berani bukak mata tapi bila dah sampai dekat tengah-tengah laut beranikan jugak bukak mata dan masa tu terpegun sesangat lihat keindahan ciptaan Illahi. Subhanallah, hilang kejap ketakutan tu. Tak lama kemudian, abang yang bawak bot tu buat gedik bawak bot makin laju daripada yang sebelumnya. Suka eh tengok kami jerit jerit ketakutan. Grr.

Dekat jeti Marang




Dah sampai pulau weeeeee

Dah sampai Alhamdulillah. Cantikkan warna air laut Subhanallah

Ceteke mana satu saya hikhik

Masa ni petang dah. Langit gelap mendung tapi tak hujan pun

Cantikkan...rinduuu nak pergi lagi huhuhu

Snorkeling
Kawan-kawan sesekolah sekampung saya. Saya yang angkat tangan buat peace tu ceteke ceteke mana satu 

Baby turtles yang cecomel

"eh dekat pulau ada KFC ke??" haha takdelah masa ni dah balik dari pulau. Turun je jeti terus perut berkeroncong lapar. Diorang ajak jalan kaki pergi kfc ala dekat jer


Hmm itu jelah saya nak kongsikan. Gambar tak banyak sangat maaf la ye. InsyaAllah nanti cuti sem bulan 1 kami plan nak pergi lagi buat daytrip. Harapnya menjadilah.

Okay sampai sini dulu, nak sambung beresaimen sambil berhuhuhu.









Kenapa Tak Boleh Nak Upload Gambar? #error400

Bad Request

Error 400

 
Assalamualaikum. Mood geram sebab tak dapat nak tepek gambar dalam entry. Sudahnya, saya draftkan je dulu entri entri tersebut. 

Dia asyik duk keluar tulisan macam ayat kat atas tu. 

Ada sesiapa tahu kenapa dan macam mana nak buat mende alah ni back to normal balik? 

Hmm. 

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By CikTulip

Assalamualaikum. Haa, ciktulip ada benda nak cerita ni. Sempena bulan November ni, ciktulip nak buat satu giveaway untuk anda semua. Ini adalah giveaway pertama daripada ciktulip dan harapnya segmen ni berjaya dengan jayanya InshaAllah.



Okay syarat-syaratnya mudah sangat-sangat.
  1. Korang mesti follow blog ciktulip
  2. Add to Circle G+ShahirahMohamad
  3. Buat entry bertajuk "Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip", paste banner di atas di dalam ruangan entri (backlink sekali) dan komen pasal blog ciktulip (tak perlu panjang-panjang sangat asal sedap dibaca sudah he he he)
  4. Tag 3 orang rakan blogger yang lain dan pastikan mereka join sekali segmen ini
  5. Publish entry tersebut
  6. Tinggalkan URL entry korang ke dalam ruangan/kotak komen post ini
  7. Giveaway ini akan berlangsung dari 9 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Disember 2015.
  8. Hanya 3 orang pemenang bertuah akan memenangi giveaway ini dan pemilihan dibuat oleh ciktulip sendiri 
  9. Wish you all the best!
See, senang dan mudah sangat kan. Apa tunggu lagi, cecepat join :)

Giveaway CINTA by CN

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :




Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Sunday, November 8, 2015

Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman

Syira Lokman
TEKAN SINI


Nak join boleh klik terus link dekat atas tu. Segmen tamat pada 25 November 2015. 

Jom, sama-sama. Mana tahu ada rezeki :)

Saturday, November 7, 2015

Kalau NAK, kena BUAT #nakbebel

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dan bersyukur masih dilimpahi dengan nikmat kesihatan yang baik. Dalam mood cuti sebenarnya sekarang ni. Cuti midsem. Tapi tak boleh nak bahagia  sangat sebab dalam beg tu penuh dengan segala macam assignments seriously banyak sangat sangat T___T
Okay bosan kan sembang pasal topik assignments ni *yawning*


Tengah khusyuk duk scroll IG tadi, jumpa gambar ni. Sangat deep mesej yang cuba disampaikan. Saya seorang yang sangat kuat berangan dan suka plan nak buat bisnes itu bisnes ini sebab nak cuba berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan wang daripada orang tua. Cukuplah mereka dah penat berkorban masa keringat dan wang untuk menyekolahkan saya dan adik-adik. Bila dah masuk fasa 20-an ni rasa malu semacam nak telefon mak ayah minta duit belanja walaupun pernah sekali hari tu memang betul-betul kering.  Mulai lepas habis cuti nanti, saya nekad nak buat betul-betul apa yang dah lama dirancang tu. Biarlah sikit hasilnya asal mencukupi. Hidup kat uni ni kena pandai cari alternatif nak survive. 


Kan? 

 
Psstt, awak awak semua, kita nak minta tolong? Tolong doakan saya ya. Sayang awak semua muah :-*


Segmen kembara misteri burung hantu

Klik sini
Macam best je segmen ni kan hehe jom sama sama kita join :)

Sunday, November 1, 2015

Alhamdulillah, menang GA Nurfuzie Dot Com

Assalamualaikum wbt. Berminggu-minggu tak jenguk blog usang ni. Lecturer kejam sangat bagi esaimen berlori-lori hehehe okay overnyaaa. 

Sekarang jam 2 petang. Sat lagi jam 3 ada kelas Akaun. Alang-alang tak tahu nak buat apa, duduk lepas dekat lab sambil usha-usha blog. Dan dengan tiba-tiba tergerak hati nak buka blog Cik Nurfuzie ni sebab haritu kita ada join segmen GA dia.Tengah khusyuk scroll dan baca, tetiba terpandang yang blog bosan kita ni pun ter'list' juga sebagai pemenang daripada sponsar Shad. Apalagi, senyum happy la sensorang hehe. Ini pertama kali join GA dan menang. Alhamdulillah, rezeki. Tetiba rasa macam makin semangat nak berblogging lepas ni. Minggu depan dah start midsem, hari-hari kita update cerita nanti. 


Alhamdulillah, bersyukur. Terima kasih para sponsar yang sudi organize GA dan sponsor hadiah-hadiah yang best ^^ Btw, kita pun rasa nak buat GA juga hehe. Nantikan update seterusnya. Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...