Tuesday, December 8, 2015

Permohonan BR1M 2016 Secara Online Telah Dibuka.

Assalamualaikum.

Rasanya dah ramai kot yang dah tahu dan dah pun isi BR1M ni. Tapi tak kisah la, ciktulip nak update jugak. Mana tahu, ada di kalangan kita yang tak tahu macam mana / kat mana nak mohon kan?

Untuk makluman, Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. So dah boleh war-warkan kepada adik beradik sepupu sepapat jiran tetangga kat rumah tuu.

Kepada yang belum pernah mohon sebelum ni, korang kena isi Borang Permohonan Baru. Tapi, kalau korang dah pernah isi / mohon sebelum ni, just update je maklumat terkini korang dekat link ni --> Kemaskini Permohonan

Oh ya, mesti ada yang tertanya-tanya apakah syarat kelayakan untuk memohon.

SYARAT KELAYAKAN
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.

 
Peringatan: Masa korang nak apply BR1M ni, sila guna laptop / komputer k. Sebab aplikasi BR1M ni tak disokong oleh smartphone.

Semoga berjaya!

1 comment:

  1. Good info dear :)
    follow sini :)

    Jom usha hasil DIY cik kumbang wink! :
    http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...