Monday, December 7, 2015

End Year Giveaway by seindahcerita



Assalamualaikum.

Hai. Korang nak menang hadiah wang tunai dan top up tak? Blogger Nieylanadia ada buat satu giveaway sempena akhir tahun ni.

Hadiah yang disediakan sangat menarik tau. Rugi kalau tak join. 
Salah seorang sponsornya ciktulip lah hehehe.  Jom semua ramai-ramai meriahkan giveaway ini. Mana tahu ada rezeki korang kan?

Selamat maju jaya <3



Friday, December 4, 2015

Senarai Pemenang Giveaway by Ciktulip

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berakhir sudah segmen giveaway ciktulip. Pertama sekali,  ciktulip mohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang. Haritu ciktulip janji nak announce pada 2/12 kan? Tapi pada hari tu ciktulip rushing sikit kena balik kampung, sebab ayah sakit :( Tapi sekarang, alhamdulillah dah baik sikit. Pagi tadi baru discaj wad. Terima kasih semua kawan-kawan blogger yang mendoakan.

Baiklah, mesti semua peserta dah tak sabar kan nak tahu siapa yang menjadi pemenangnya? Hehehe. 
Kejap, sebelum tu ciktulip nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua peserta yang sudi join giveaway ni. Tak sangka ramai juga yang sudi join walaupun ini kali pertama ciktulip buat giveaway. Kepada blogger-blogger yang bertuah, tahniah. Kepada yang belum bernasib baik, InsyaAllah akan ada lagi giveaway lain nanti. 

Tiga orang pemenang giveaway ini adalah:
  1.  Cikgu Norazimah
  2. Sayidah Napisah
  3.  Syazwani Zunidan 
Pemenang pertama dan kedua akan menerima sehelai tudung bawal Aidijuma manakala pemenang ketiga akan menerima sedikit wang saku daripada ciktulip. Kepada pemenang yang terpilih, sila emailkan butiran seperti nama penuh, alamat dan no telefon kepada shirahmohamad@yahoo.com.

Sekali lagi ciktulip ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua para peserta yang sudi join dan jangan sedih sedih kalau tak menang tu, nanti ciktulip ada rezeki lebih, ciktulip buat lagi giveaway ya. Kalian semua memang osem :D 


 

Wednesday, December 2, 2015

Pengumuman Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma by Ciktulip

Assalamualaikum.

Entri ini ditujukan kepada semua peserta giveaway Ciktulip. Saya, selaku penganjur giveaway ini memohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang giveaway ini. Bapa saya telah dimasukkan ke hospital dan saya bergilir dengan ibu dan adik menjaga Abah kami. Maaf kerana waktu sekarang tidak mengizinkan saya untuk memilih dan menentukan pemenang. Saya sangat berharap kalian memahami situasi ini dan memberikan tempoh sehingga keadaan kembali stabil. Sekali lagi, mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala kekurangan daripada pihak saya sendiri.

Doakan kesihatan Abah saya :)

2:17am,
Hospital Sultanah Nurzahirah, Kuala Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...