Laman web BR1M: https://ebr1m.hasil.gov.my/
Untuk makluman, Permohonan Baru / Kemas Kini BR1M 2016 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang bermula 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. So dah boleh war-warkan kepada adik beradik sepupu sepapat jiran tetangga kat rumah tuu.
Kepada yang belum pernah mohon sebelum ni, korang kena isi Borang Permohonan Baru. Tapi, kalau korang dah pernah isi / mohon sebelum ni, just update je maklumat terkini korang dekat link ni --> Kemaskini Permohonan
Oh ya, mesti ada yang tertanya-tanya apakah syarat kelayakan untuk memohon.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
- Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
- MyKad bagi pemohon
- MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.