Tuesday, October 6, 2015

Cabaran hidup di kampus dan tips untuk pelajar uni.

Assalamdualaikum wbt dan hai.

Gembira. Penat. Suka. Duka. Jatuh. Bangun. Sibuk.

Setiap orang yang bergelar siswa/siswi akan wajib merasai perasaan dan situasi di atas. Memang tidak boleh dielak. Ya, itu normal dan saya sudah terbiasa dengannya. Dah macam bestfriend kedua saya dekat kolej T_T
Kadang-kadang bila terlampau busy, makan pun boleh lupa. Jadi tak hairanlah kenapa tiap kali balik kampung, makcik pakcik duk tanya pasaipa nampak kurus. Mereka agak saya diet. Aduh, tiada makna diet la dalam kamus hidup seorang Noor Shahirah hahaha. Saya tinggal dalam kolej untuk  mudah pergi kelas dan lebih secure. Nak stay kolej sampai final year bukan semudah ABC123. Haruslah struggle untuk kumpul merit dengan mengaktifkan diri join program-program yang  diajurkan dalam kolej dan universiti. Kalau tak, alamatnya memang wajiblah korang kena tendang kan. Ha nanti bila dah ditendang jangan nak meroyan persoal kenapa dan mengapa. Dah tak aktif siapa suruh? :p Macam saya yang tinggal dalam kolej ni, saya dah stick dengan sebuah kelab yang saya dah selesa since Tahun 1. Dan alhamdulillah, dapat pegang portfolio sejak Tahun 1. Saya sayang kelab ni sebab kenal ramai sahabat dan rakan sekerja juga senior-senior yang tak pernah lokek dengan ilmu. Thanks tau korang. 

Sekarang  ke-busy-an saya makin bertambah sebab saya dah start bekerja as a crew dekat koperasi kolej. Level of tiredness makin bertambah. Tapi seronok tahu kerja dekat sini. Krew-krew sangat sporting dan sekepala. Kak Hada dan Kak Miza as Kak Yong kawasan, Kak Raihan as my 'sister', Tiks as partner usik gaduh..and ramai lagi. Nanti saya buat satu entry pasal mereka okay.

Kenapa saya bekerja? Mestilah sebab duit jawapannya. Cari wang saku lebih. Dah 21 ni segan dah nak telefon mak ayah minta duit. Lagipun, boleh belajar berdikari dan juga dapat belajar teknik pengurusan kedai. Saya ada angan-angan nanti suatu hari bila ada duit modal nak buka satu kedai sendiri. Kedai apa itu masih samar-samar. Mungkin bakery shop sebab saya suka baking? Mungkin book shop sebab saya suka baca novel? Tak kisah la kedai apa pun yang penting saya kena mula kumpul dan cari modal dulu. Dah tak boleh nak boros-boros macam dulu lagi dah. Sekarang mata wang dah jatuh teruk :(

Ada nasihat daripada saya bila dah melangkah ke alam kampus ni.
  • PILIH kawan yang baik, iaitu kawan yang boleh jadi sahabat korang.
  • HORMAT lecturer, kawan-kawan, classmates, groupmates, makcik nasi, abang burger, makcik cleaner, akak cashier. Pendek kata, hormat semua orang. Jangan kita orang tak suka, itu timbul masalah nanti.
  • JANGAN  tangguh assignment. Assignment last minute tak excellent. Rugi je carrymark, dah la attendance pun kelaut.
  •  ELAK kejutan budaya. Biasalah, students ni memacam ragam. Tengok kawan hipster sikit, acah-acah nak hipster jugak padahal duit PT tu bukan tebal macam kerak bumi pun nak bersakan. A big NO for this.
  • BINA jati diri. Ha, waktu belajar ni lah sepatutnya kita cari prinsip hidup kita apa, matlamat dan tujuan hidup dan belajar ni apa.
  • TEKADKAN azam. Mak ayah susah payah hantar kita datang sini suruh belajar pandai-pandai. Aim pointer tinggi-tinggi untuk setiap sem. Baru gempak resume korang nanti.
  • BERJIMAT . Or else, belum sampai hujung sem korang makan maggi je.  
  • NIKMATI uni-life korang. So that one day when we become older, we'll remember all those sweet-sour memories and we can smile, and share the experiences with our kids. 
 Jadi ini saja entri yang mampu saya tulis. Mata dah mintak pejam. Dah dua hari bersengkang mata tidur pukul 4 pagi ke atas. Huwaaa, I need breaks! :(


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...